Nanafana Beautiful World . Please be nice . Thanks . Follow | Dashboard
Nanafana

Kau vs Dia 9
25 July 2013 | 11:59 pm | 0 comments

Boleh cair taik telinga aku dengan si Zureen tu membebel , menjerit , memekak , melalak dan sebagainya . Gaya macam aku yang nak sangat jadi heroin tu . Kalau bukan sebab diorang dah tetapkan , aku pun tak ingin jadi girlfriend tipu-tipu Kai kat dalam cerita tu . Buang masa je !
     Dia ingat Kai tu nak sangat ke kat dia kalau perangai tu macam apa je . Dah la jet jet cun . Kene penangan pelempang aku bisu terus , baru takleh jerit dah !

**********

Lepas dah habis bincang pasal drama tu , semua orang boleh beredar kecuali aku ngan Kai . Apa lah pulak diorang nak buat suruh aku stay dekat sini .

     "Mia , do you remember me ?" Jason cakap waktu aku tengah letak beg dekat atas kerusi .

     "Have we met before ?" Aku pulak cakap sambil buat muka blur .

     "Yes . You did not remember ?" Jason cakap lagi . Aik dia memang pernah jumpa aku ye ?

     "I don't think so Jason . Wrong peson maybe ?" Aku balas balik . Tu je yang mampu aku fikir . Mana pernah aku kenal orang yang bernama Jason time sekolah dulu .

     "You didn't remember me ...... Kita selalu jumpa dekat library time sekolah dulu . It's me , Jass . Ingat ?" Mak aih ! Melayu rupanya . Selama ni aku tetipu lah dengan kematsallehan dia tu ? And Jass ? Rasanya ada sorang je ..

     "Jasrin ?!" Bulat mata aku lepas dia cakap dia Jass .

     "Yes ! Absolutely right ! Finally Mia ingat ." Dia balas dengan muka yang sangat excited .

     "Mana lah tau , sampai sini Jass tukar jadi Jason . Mat salleh betul dia ni kan ." Aku kutuk dia main-main .

     "Sebab taknak orang lain panggil Jass selain Mia dengan kawan-kawan sekolah . That's why lah sampai jadi Jason bagai !" Dia bela diri sendiri !

     "Sudah , sesi ngorat-mengorat sudah tamat . Jangan kacau tunang aku . Karang dapat pelangkung free je !" Kai yang tadi senyap hanya memerhati tiba-tiba bersuara . Kasi amaran keras dekat kawan dia . Gelak sakanlah Jason a.k.a Jass tu !

          Jass beria-ria nak hantar aku balik rumah lepas dia nampak muka Kai yang tegang gila tu . Saja nak baling minyak dalam api . Tapi aku tolak lah perlawaan dia . Karang Kai balik report kat ibu dengan ayah , apa aku nak buat ?

          Waktu aku tengah jalan untuk balik rumah , ada pulak orang panggil dari belakang . Siapa pulak yang tau nama aku kat Limerick ni ? "Nur Damia Imani" Aku pun toleh la kebelakang sebab nak tengok siapa yang panggil .

     "Zureen ." Ternganga aku bila tengok muka dia kat depan mata aku .

     "Kau sepatutnya sedar diri tu sikit . Kau tu tak layak dengan Kai ." Tiba-tiba dia tengking kat telinga aku . Sah memang melayu dan sah memang suka menjerit ! Pastu yang dia ni tiba-tiba cakap pasal layak ke tak layak ke apahal pulak ni ? Sawan ke apa .

     "Awak ni tersilap makan ubat ke hari ni ? Tetiba je nak serang orang ." Aku balas perlahan . Tapi still boleh didengari oleh Zureen .

     "Kai tu boyfriend aku . Aku bagi amaran dekat kau , kalau kau lebih-lebih dengan dia time drama nanti , kau akan dapat balasan ! Faham ?!" Time ni muka dia dah masam mencuka .

     "Tak kuasa aku nak gaduh pasal laki . Apa kata awak pergi kedai , beli kain untuk buat baju yang tutup aurat sikit kalau nak Kai tu pandang . Lepastu pergi kelas untuk kawal tahap ketinggian suara awak tu supaya takdalah berdesing telinga orang bila awak bercakap . Sekian . Saya pergi dulu . Assalamualaikum" Aku jawab sambil berlalu pergi dari situ . Tak kuasa aku nak gaduh ngan minah tu . Dah la kenal tak sampai sehari . Sekali aku kene serang . Apakah ?

**********

Yang dia ringan mulut pergi claimed cakap Kai tu boyfriend dia dah kenapa ? Sesuka hati sesedap jantung dia je . Setahu aku Kai memang takda girlfriend sebab , kalau tak cane dia boleh ajak aku kawen tiba-tiba betul tak ? Lantaklah . Malas aku nak ambik pusing pasal orang yang kuat pok pek pok pek .

-bersambung-

Labels: