Nanafana Beautiful World . Please be nice . Thanks . Follow | Dashboard
Nanafana

Kau vs Dia 7
13 July 2013 | 9:14 pm | 0 comments

"Bau macam nasi lemak je . Boleh aku makan sepuas-puasnya !" Aku cakap sambil turun tangga . "Siapa pulak yang datang rumah pagi-pagi ni ? Bukan ke ibu cakap nak keluar beli barang ?" Aku cakap kat ibu bila dah sampai dapur , malas nak jenguk kedepan .

"Menantu ibu lah datang . Dia cakap nak keluar ngan Mia , tapi ibu ajak dia pergi sekali !" Ibu jawab dengan selambanya . "Menantu ibu yang mana ?" Aku balas balik sengaja nak kenekan ibu . "Ish budak bertuah ni ! Macam ibu ada 10 menantu . Bakal suami awak tu lah !" Ibu cakap sambil cubit pipi aku . "Ehh bakal suami dah jadi menantu ye ibu ?" Aku tanya lagi sambil gosok-gosok pipi yang kene cubit tadi . Sengaja nak bergaduh dengan ibu . Hobi aku tu !

"Ye lah , dah macam anak ibu tu . Lepasni ibu lagi sayang Abang Kai dari Mia !" Tiba-tiba Izzat menyampuk ."Ehh bila pulak kanak-kanak riang ni masuk dapur ? Sesuka hati je menyampuk" Aku jeling Izzat . Izzat dah tersengih-sengih macam kerang busuk .

"Korang berdua ni lah , bergaduh je kerja . Dah tua bangka pun nak bergaduh lagi" Ibu menyahut sebelum Izzat sempat balas cakap aku . "Ibu , yang tua bangka tu Mia je . Izzat ni muda belia lagi tau" Izzat mempertahankan diri sambil merendahkan aku . "Ohoii sesedap citarasa awak je cakap Mia tua bangka eh Izzat ? Mia baru 23 tahun tau !" Aku cakap sambil tarik telinga Izzat . Kan dah kene penangan jari sexy aku ni . Merah muka Izzat sebab kene tarik telinga ! "Padan muka !" Aku cakap sambil tunjuk thumbs up dua-dua belah tangan . Ibu geleng je kepala tengok kitorang berdua . Yang pasti , aku menang !

Kitorang pergi The Curve lepas dah sarapan nasi lemak . Aku terpaksa control ayu makan depan Kai , makan pun tak berapa nak banyak . Tak best betul ! Kitorang naik dua kereta sebab tiba-tiba along yang hensem lagi gedik nak ikut . Pergi The Curve pun sampai dua kereta , tak faham betul aku . Tapi ye lah , kalau naik satu kereta Kai tu nak campak mana . Silap-silap aku yang kene campak atas bumbung .

"Kai mana lagu aku kasi haritu ?" Along cakap waktu kitorang bertiga dalam kereta . Aku ni dipaksa naik kereta ni oleh along sebab dia cakap nanti dia bosan . Tapi sekarang ni aku yang terpinggir sebab diorang berdua sibuk bersembang pasal benda yang aku tak tau . Kang menyampuk kata busy body pulak !

"Dalam tu , kau punya cd paling depan sekali" Kai cakap tapi still focus bawak kereta . Along pun terus ambik cd tu and pasang . Buat cam kereta sendiri pulak !


Greatness as you
Smallest as me
You show me what is deep as sea


A little love, little kiss
A litlle hug, little gift
All of little something. these are our memories


You make me cry,
Make me smile,
Make me feel that love is true...
You always stand by my side,
I don't want to say goodbye.


You make me cry,
Make me smile,
Make me feel the joy of love.
Oh! Kissing you...
Thank you for all the love you always give to me,
Oh! I love you... 


Greatness as you
Smallest as me
You show me what is deep as sea



A little love, little kiss
A litlle hug, little gift
All of little something. these are our memories


You make me cry,
Make me smile,
Make me feel that love is true...
You always stand by my side,
I don't want to say goodbye.


You make me cry,
Make me smile,
Make me feel the joy of love.
Oh! Kissing you...
Thank you for all the love you always give to me,
Oh! I love you... 



Yes I do, I always do... 


Make me cry,
Make me smile
Make me feel that love is true
You always stand by my side
I don't want to say goodbye.


You make me cry,
Make me smile,
Make me feel the joy of love
Oh! Kissing you...
Thank you for all the love you always give to me,
Oh! I love you... 


To be with you... Oh! I love you...


Lepas aku dengar lagu tu je terus aku nyanyi sekali dengan budak berdua tu . Seronok karaoke ! Bila dah habis nyanyi baru aku teringat , dulu along ada mintak aku kasi list lagu yang comel-comel . Takkan lah along mintak sebab nak bagi kat Kai ni kot ? Aku jeling along . Then ternampak Kai usha aku dari cermin tengah ! Kantoi skodeng anak dara orang !

Sehari suntuk berjalan dengan ayah , ibu , along , Izzat dan Kai . Bukannya beli barang pun , banyak berjalan bercakap dan bergaduh je . Selalu tu bergaduh kat rumah , harini up sikit bergaduh kat The Curve .
Sebelum balik ibu ajak makan dulu sebab ibu kata malas nak masak makan malam . Jadi kitorang pun dengan rela yang teramat pun pergilah makan dekat Marche .

Aku , along dengan Kai duduk dekat meja sementara tunggu yang lain ambik makanan . Tengah Kai and along bersembang , tiba-tiba ada orang datang kat meja kitorang . Dan orang tu ialah Afiq dan Awin ! Aku dah pandang semacam kat Kai . "Eh tak sangka jumpa korang kat sini !" Afiq cakap . "Camna kau boleh ada kat sini ?" Kai balas balik sambil buat muka pelik .

"Kitorang jalan-jalan, nak tengok baju baby" Awin pulak bersuara . Aik baju baby ? Kawin tak sampai sebulan lagi dah nak beli baju baby ke ? Express betul adik ipar aku ni ! "Awalnya nak beli ?" Kai ni cam tau-tau je apa yang aku tengah fikir . "Nak beli untuk kakak Awin , dia dah nak bersalin lagi dua bulan" Ohh kakak dia ke . Ingatkan dia !

"Ohh kakak ke . Congrats ya Awin !" Kai cakap . "Thanks abang ! Hai akak !" Ehh kau baru perasan ke aku wujud dekat sini ? Pastu siap panggil akak lagi . Naik loya anak tekak aku ! "Oh hai" Aku balas bersahaja , tak jawab dikata sombong pulak nanti . "Boleh kitorang duduk sekali ?" Tanya Afiq . Nak je aku cakap tak boleh . Tapi malangnya aku tak boleh cakap macam tu !

"Duduklah Afiq , Awin !" Ayah bersuara dari belakang Afiq . Aduihh kalau ayah yang suruh , aku memang kalah . Banyak diorang semua bercerita malam tu kecuali aku yang duduk senyap macam orang bisu .
Dalam pukul 9 macam tu kitorang dah balik rumah . Cuma along je keluar dengan Kai . Diorang ada jugak ajak aku , tapi aku dengan terang cakap MALAS ~

Lepas aku siap mandi sambil golek-golek atas katil , phone aku berbunyi
You can take my heart very close to you heart , You can take my heart forever if you like 
Sempat aku nyanyi sebelum tengok isi mesej tu .

"Assalamualaikum . Mia ok ?" Kai hantar

"Waalaikummussalam . Ok kot ." Aku reply

"Sure ?" Kai reply

"Kalau tak ok pun bukan awak boleh buat apa kan ?" Aku reply balik

"Saya minta maaf ." Kai reply . Kenapa pulak dia mintak maaf -.-

"Bukan salah awak pun . Takpalah ." Aku reply balik sebab memang bukan salah dia pun .

"Tapi dia adik saya" Kai reply , rasa bersalah kot .

"Takpalah . Saya bukan kisah pun . Dah la , saya nak tidur dulu ." Aku reply . Yang dia ni baik sangat mintak maaf tu kenapa ?

"Haihh , ye lah . Tidur elok-elok . Mimpi saya . Assalamualaikum ." Kai reply . Ehh buat apa nak mimpi dia . Buang sel otak je . Aku jawab salam dalam hati je sebab malas nak reply .

Penat aku golek-golek atas katil , tapi taknak lelap jugak mata ni . Aku pun bukaklah laptop yang tercinta untuk update and baca blog followers and following aku . Harap-harap boleh la tidur .

-bersambung-

Labels: