Nanafana Beautiful World . Please be nice . Thanks . Follow | Dashboard
Nanafana

Kau vs Dia 6
7 July 2013 | 2:21 pm | 2 comments


"Nur Damia Imani , 23 tahun , Ex student Islamic International School , pergi Limerick,Ireland sebab lari daripada ex kau yang bernama Muhammad Daniel Afiq . Ada apa-apa lagi yang aku tertinggal ?" Tiba-tiba ada suara sumbang yang cakap waktu aku tengah basuh pinggan . Nasib tak pecah pinggan ni . Siapa je yang tau banyak benda pasal aku ni ? Aku pun dengan muka tak bersalahnya pusinglah belakang . Jeng Jeng Jeng ! "Awin ?!" Aku pun TERmenjerit bila nampak muka dia yang cun melecun kalah badut tu . "Ye , Awin" Tu je dia balas . Senget betul . "Mana Awin tau semua tu ? Daniel bagitau ?" Aku tanya lah balik , tapi still cakap dengan hormat . "Huhh baiknya cara kau cakap , no wonderlah Daniel ada orang lain time couple ngan kau" Awin balas balik . Pergh berasap telinga wa . "Oh ye ke ? Kiranya kau lah crush dia dulu eh ?" Aku pun balaslah balik . Tapi hilang dah la rasa hormat aku kat dia . "Of course lah crush dia aku , merangkap girlfriend dia sebelum dia kenal kau ." Seriously ? Ex dia ? Clash sebab ex dia suka orang lain , then single lama sebab takleh lupakan ex dia . Bila jumpa aku pun tak habis-habis pasal ex dia . Sekali nak kawen pun ngan ex dia ? Ada jodoh ada jodoh . Jadi dah takda apa aku nak cakap , so that aku pun terus lah keluar dari dapur tu . Nampak sangat muka puas hati dia dapat buat aku diam .

'Ehh macamlah aku nak sangat laki kau tu . Aku tak hadap pun lah !' Aku cakap seorang diri sambil berjalan menuju ke ruang tamu . "Nur Damia Imani ?" Aish aku dengar lagi suara sumbang , tapi kali ni lelaki pulak . "Ye saya ?" Aku jawab balik sambil tak pandang muka dia . Buat apa nak pandang , nanti kene cop nak rampas laki orang pulak . "How nice to see you . It has been 5 years since the last time we met ?" Kata dia lagi . "Yes it is ." Aku jawab pendek . Buat apa panjang-panjang , nanti bini dia kat dapur tu meroyan tak pasal-pasal je . "Jumpa-jumpa terus kene tunang dengan abang saya . Seronok ?" Dia balas balik dengan perlian . Nak cari gaduh ke apa ni . "Seronok sangat . Lagipun memang dah lama kitorang rancang nak kawen ." Aku pulak balas sambil pandang muka dia . Kan kene sedas . "Awak tak kenal dia Mia" Dia balas lagi . "Lantaklah . Saya pergi dulu , Assalamualaikum" Aku cakap sambil berlalu pergi . 

"Nanti sebelum balik Limerick , datang lah lagi ye Mia ?" Mama Kai cakap sambil peluk aku . "InsyaAllah ma kalau ada masa nanti , Mia datang lagi !" Aku balas balik sambil senyum . "Hah lepastu nanti , jangan lupa pergi tengok-tengok barang untuk hantaran tau . Mia nak apa-apa , cakap je dekat Kai ni . Suruh dia belikan !" Mama pesan lagi . Kai dekat sebelah dah sengih-sengih je . Siku kang ! "Hahh takpa-takpa nanti Mia beli sendiri" Takkan lah aku nak cakap okay pulak . Tak malu betul ! "Malu-malu kucing pulakss" Kai tiba-tiba menyampuk . Hok alohh siap ada ssss lagi kat belakang tu . Lepas kitorang dah bai bai bai dan bai , aku pun balik . Penat lah aku tolak supaya Kai takyah hantar aku balik rumah , tapi mama bising jugak suruh dia hantar . Last sekali terpaksa lah mengalah .

"Percaya kata janjiMu 
Kerna ku yakin apa di genggamMu 
Keharuman setanggi syurga 
Bukan kilauan sebilah belati 

Tersiksa jiwa merindu 

Bagai terkurung dibasah tengkujuh 
Kewangian aroma bunga 
Tak menggugah keteguhan iman 

Cinta tak pernah terbunggar dan terlebur 

Pada redup renung mata yang menipu 
Tuntas ku mendaki 
Puncak cinta teragung 

Izinkan aku melafazkan kata 

Bicara hati yang mudah diterjemah 
Betapa aku gerun pada teduh untuk bernaung 
Kerna awan itu rapuh

Bahagia buat mereka 

Yang bertemu cinta yang teragung 
Yang membawa ke syurga hakiki dan abadi

Dendam tak marak menyala dan membakar 

Oleh putih salju yang berguguran 
Kerna dosa itu 
Lebih hitam dan kelam 

Ku anyam rindu menjadi hamparan 

Kerna ku pasti adanya pertemuan 
Di sana nanti bukti cinta suci dilafazkan 
Tak bertemu pengucapan 

Percaya kata janjiMu 

Kerna ku yakin apa di genggamMu 
Keharuman setanggi syurga 
Bukan kilauan sebilah belati 

Kata janjiMu... 

Seharum setanggi syurga"

Merdu je aku dengar Kai nyanyi lagu Setanggi Syurga . Ingatkan dia tak layan lagu-lagu camni , ye lah kan dia playboy terkenal . Ehh sesuka hati aku . Kalau bukan habis aku . Kai perasan kot aku pandang dia time dia nyanyi tadi . Lepastu terus dia senyum kat aku . Cair hati aku yang macam batu ni -.-

Sempat dia jumpa ibu dengan ayah . Nak ucap terima kasih sebab bagi Mia yang comel lagi cantik ni makan malam dekat rumah dia . Perasan again .

Lepas dah siap-siap mandi , ingat nak terus masuk tidur , sekali ada mesej masuk .

"Assalamualaikum , dah tidur ?" Kai hantar .

"Waalaikummussalam , belum lagi . Baru nak masuk tidur . Awak nak apa Encik Muhammad Khairil Syahir ?" Aku reply .

"Ohh ye ke . Saya bosan , jadi saya hantar lah mesej . Kalau nak tidur takpalah" Dia balas tak lama lepastu .

"Err takpa takpa . Saya pun bosan sementara nak tunggu tertidur ni" Aku pulak reply . Macam baik je ayat tu ? 

"Ohh eh ? Ah awak , awak join kan drama untuk bulan 2 tahun depan ? Yang kononnya sempena Valentine's day tu -.-" Dia reply lagi . Dia tau ke O_O

"Mana awak tau saya join drama tu ?" Aku balas balik .

"Haritu saya dapat list nama actor ngan actress untuk drama tu . Pastu ternampak nama awak" Dia balas , ehh . Dia pun join jugak ke ? Tak nampak pun nama dia . Pelik

"Oh patutlah . Awak join jugak ke ?" Aku dah buat muka pelik .

"Yerp , sebabtu lah saya dapat senarai tu . Pe ah dia ni" Dia kasi sebijik kat aku . 

"Betul jugak tu . Maaf lembab sikit" Aku balas sambil mata tertutup . Ngantuk dah ni .

"Ish ish , ngantuk lah tu" Dia balas .

"Hmm ye" Aku hantar sambil tutup mata . Last sekali tertidur . Kelaut lah Mia ~~

Pagi tu aku dapat mesej banyak lagi

"Jangan tidur dulu !"
"Mia bangunnnn"
"Miaaaaaaaa"
"Ishh dia ni , tak sempat nak cakap . Tidurlah , Assalamualaikum"

Semua mesej tu datang dari Kai . Sian aku tertidur time mesej dia . Ish ish

-bersambung-

Labels: