Nanafana Beautiful World . Please be nice . Thanks . Follow | Dashboard
Nanafana

Kau vs Dia 10
31 July 2013 | 7:57 pm | 0 comments

Aku baca Chicken Soup for the Teenage Soul IV sementara tunggu nak masuk class . This is the first time aku baca buku ni . Banyak pengajaran yang ada dekat dalam cerita-cerita yang aku dah baca kat dalam buku ni . Jangan abaikan kawan bila kita dah ada boyfriend . Kalau kita takda boyfriend pun takpa , sebab kita ada kawan and etc .
     Tapi hati aku meronta-ronta nak tau pasal RELATIONSHIP dalam cerita ni . So yang lain aku tak baca lagi lah selain bahagian relationship .
    Reality Check . Sounds good . 
Best friends are the siblings God forgot to give use - Anonymous .
     Aku baca dengan penuh perhatian . Maklumlah English dalam buku ni agak 'up' sikit . Aku punya English macam apa je .
     When I return to my dorm room after classes , I was shocked to find a vase of red roses on my dresser . I counted them-exactly six . Dia ingat boyfriend dia yang handsome kacak bergaya tu yang bagi kut !
     Aku pun sambung baca lagi . A momment later , four of my closet friends bounded through the door. They handed me a small envelope . "It goes with the flowers," they said . I opened it, and it read :

Roses are red
Violets are blue
He doesn't love you
But sure we do 

     So the moral of this story is , jangan lupakan kawan baik kita even kita dah ada boyfriend yang handsome , kacak , bergaya , macho etc . It is because , kalau kita kene tinggal , family and kawan jugak yang akan teman . Tamat !
     "Oi seronok membaca !" Selesai je aku cakap tamat , aku pun kene terjah dengan kawan sekelas a.k.a partner aku untuk mana-mana kerja kumpulan .
     "Ish kau ni , nasib baik aku takda sakit jantung tahu !" Aku marah dia .
     Ikram buat muka comel sambil tersengih macam kerang busuk . "Ala sorry lah sayang intan payung emas berlian coklat gula-gula" Apada dia ni , sampai macam tu sekali ?
     Aku jeling dia macam nak tembus . Boleh sakit jantung aku kalau hari-hari dia buat macam tu !

**********

"Harini kita buat experiment takat lebur dan takat beku naftalene . Saya nak 4 orang dalam satu kumpulan ." Puan Adiba bersuara bila semua orang dah masuk dalam makmal kimia .
     Aku nampak Ikram dengan Fikri dah berlari datang kat meja aku and Lisa . Nak sama kumpulan lah tu . "Mia , Lisa , kitorang kumpulan korang !" Sampai je terus dia bagitau . Kalau kau tak bagitau pun kitorang boleh tau . Kitorang dua just angguk je sebab malas nak cakap .

     "Mia pegang thermometer ni sambil pusing sikit-sikit . Ikram ambik bacaan dia . Fikri jaga masa . Aku catat . Okay ?" Lisa sebagai budak yang paling rajin pun bahagikan tugas kitorang .
     Aku kacau termometer tu sambil berdiri dekat sebelah Ikram . Rapat . Lisa dengan Fikri dah sengih-sengih tengok kitorang berdua muka macam baru lepas berdiri tengah panas .
     "30 saat" Fikri cakap lepas dah 30 saat kitorang mulakan experiment tu . Ikram tunduk nak ambik bacaan . Rapat .
     "60 saat" Fikri cakap lagi . Ikram tunduk lagi . Rapat . Sampai ke akhirnya experiment tu memang kitorang rapat .

     "Balik nanti buat report untuk result yang kamu semua dah dapat . Next class saya nak tengok ." Puan Adiba cakap sebelum kitorang dibenarkan keluar kelas .

Nasiblah harini ada kelas tambahan untuk Add math . Kalau tak dah lama aku cabut balik lepastu teguk air sejuk sebotol . Panas tahap tera giga ! Lepastu boleh pulak diorang bertiga ajak stay sampai pukul 4 . Nak buat apa pun aku tak tau .
     "Mia , kau nak air apa ? Aku ngan Fik nak pergi beli ni ." Lisa cakap waktu kitorang baru duduk dekat kerusi kantin . Lisa dengan Fik memang selalu pergi beli sama-sama . Alasannya sebab aku malas . Padahal nak dating . Tak boleh blah =_=
     "Nescafe Latte . Pastu tolong belikan aku roti coklat sekali . Thank you ." Aku jawab sambil keluarkan buku biology dari dalam beg .
     "Kau Ikram ?" Giliran Fikri pulak tanya .
     "Sama dengan Mia . Jangan dating lama-lama . Karang Puan Husna nampak mati korang kene ceramah ." Ikram balas sambil gelak-gelak . aku pun TERgelak sekali . Budak berdua tu dah buat muka tak puas hati . Padan muka kau orang ~

     "Mia , isotonic , hypertonic and hypotonic tu macam mana ?" Ikram tanya lepas kitorang bukak buku biology .
     "Isotonic kadar air yang keluar and masuk sama . While hypotonic air yang masuk lagi banyak dari yang keluar . And Hypertonic pulak air yang masuk lagi sikit dari yang keluar ." Aku terangkan satu-satu pasal kadar air yang keluar masuk .
     "Macam mana kau boleh ingat ?" Ikram tanya sambil buat muka tak puas hati .
     "Baca lah banyak kali , tak pun kau buat latihan . Or maybe kau boleh ingat macam , bila dia hyper sangat , air akan banyak keluar . So bila kau dah ingat satu , kau akan ingat yang lain !" Aku cakap sambil pandang muka Ikram . Handsome pulak dia harini . Eh abaikan abaikan !
     "Oh okay . Senang senang ." Ikram pandang mata aku .
     "Yang kau pandang aku tak berkelip tu dah kenapa ? Takkan jatuh cinta kat aku kot lepas aku terangkan pasal benda tu ?" Aku buat muka bengang .Sebenarnya aku dah nervous gila sebab tu cakap macam tu .
     "Aku dah jatuh cinta dengan kau lama lah weh" Ikram tak lepas dari pandang muka aku lagi .
   Sebelum sempat aku cakap apa-apa , dua orang budak tu dah menyampuk . "Pergh Ikram confess dia suka Mia !" Lisa punya muka excited gila . "Tak lama lagi couple lah ni !" Lepas Fik cakap macam tu diorang dua gelak bagai nak gila .
     Muka aku dah tak rupa apa . Muka Ikram dah merah tahan malu . Cakap tak cover lagi !

-bersambung-

Labels: