Nanafana Beautiful World . Please be nice . Thanks . Follow | Dashboard
Nanafana

Kau vs Dia 5
30 June 2013 | 8:35 pm | 0 comments


Sesenang hati sesedap citarasa dia je mintak macam tu kat ibu ngan ayah aku . Tanya lah aku dulu , ni main cakap je . Sabar je lah wahai encik hati . Ehh tapi tadi memang dia ada cakap kan ? Ahh apa ni ???

Flashback .

Tengah sedap-sedap family kitorang berbual , tiba-tiba seorang makhluk Allah yang handsome lagi kachakk bergaya ni cakap kat semua orang ! ""Kai nak mintak izin kawen dengan Mia . Boleh ?"" Pergh sesuka hati sesedap jantung awak je awak cakap . Time tu semua orang dah pandang kitorang . Macam kitorang berdua ni ada scandal . Suasana sunyi seketika buat aku berpeluh . Tak pernah pulak aku berpeluh macam ni kalau duduk dalam rumah ! Ajaib namanya ni ! Kitorang dah berpandang sesama sendiri . Aku dah buat muka tak puas hati , dia pulak boleh buat muka selamba . Sabar je lah dia ni . Ni dah la kes hidup aku tau ! Aku membebel sorang-sorang dalam hati . 

"Lahh dah rancang nak kawen ke ? Buat apa lah nak rahsiakan dari kami semua ni hah ??" Papa si Kai ni tiba2 bersuara lepas semua orang terkejut dengan apa yang Kai ni cakap . Hah lepastu mulalah bisikan-bisikan dari keluarga kitorang bermula . Menyakat je kerja mereka ni . Sampai hati ibu ayah izzat ngan along semua sebelahkan si Kai tu . Tapi dalam semua orang gelak-gelak , ada jugak orang yang pandang kitorang berdua macam nak makan . 

Habis Flashback ~

Tiba-tiba aku teringat apa yang semua orang cakap tadi . "Kita buat majlis tunang Mia dengan Kai sehari sebelum majlis pernikahan Afiq dengan Awin lah . Sebelum balik Limerick , biar diorang berdua tunang dulu . Ok tak cadangan saya ?" Mama Kai cakap lagi . Aduiihh gila ke ? Balik sini single mingle , bila balik Limerick nanti jadi tunang orang . Apa pulak Qira dengan Fifi kata nanti . Tak pasal-pasal je kene bahan dengan diorang berdua pulak . "Hah elok sangatlah tu . Sekurang-kurangnya dapat lah kita siapkan persiapan lama sikit !" Ibu aku pulak jawab . Amboi ibu , suka lah tu ? Bakal menantu idaman ibu ajak Mia kawen ? Ehhh apa aku cakap ni -.-

"Haihh , nampaknya aku dah tak boleh nak tolak . Semua orang pun setuju . Kalau tiba-tiba aku cakap taknak kang mau semua orang kene sakit jantung . Takpalah , asalkan semua orang seronok . InsyaAllah aku akan cuba terima Kai jadi tunang aku ." Aku cakap sendirian .

Hari pertunangan Kai dan Mia .

Ish nape nervous ni . Takut betul aku . Macam nak kawen . Ehh ni memang macam pra-perkahwinan kan ? Betul ke ? Pakai sebut je aku ni . K finally , sesi pertunangan selesai . Ramainya tetamu macam majlis perkahwinan . Tak dapat aku bayangkan macam mana majlis perkahwinan Afiq dengan Awin besok . Mesti lagi grand dari majlis pertunangan kitorang ni ! Ehh buat apa aku ambik kesah ? Ohh dia bakal 'adik ipar' aku . Sekarang tiba pulak masa kitorang nak photoshoot . Mula-mula gambar dengan family Kai . Lepastu dengan Family aku . Lepastu dengan Izzat dan along . Menyebok budak dua orang tu . Bajet sedih pulak aku dah bertunang . Selama ni buli aku je kerja diorang ! Tapi walau apa pun aku tetap sayang diorang ! //lap air mata//

Sekarang tiba masa nak tangkap gambar dengan adik beradik Kai ! Setahu aku dia ada sorang je adik , tu pun yang bernama Muhammad Daniel Afiq ! Mula-mula tu ok lah tangkap gambar sebab Awin diri sebelah aku and Afiq diri sebelah Awin . Tapi gambar seterusnya Awin tak masuk . Kiranya dalam gambar ni ada Kai , aku dan Afiq je lah kan ? 

Hahh kan aku dah cakap ! Afiq ni pulak gatal diri sebelah aku kenapa ? Rapat pulak tu !  Kai dah pandang semacam . Dia pn terus bisik kat telinga aku "Awak sini sikit , tengok tu buaya kat sebelah" "Dah tu dia yang rapat-rapat !" aku bisik balik kat dia . Pastu Kai terus tarik baju aku sikit supaya aku rapat dengan dia dan jarak dari Afiq . Tapi Afiq gerak rapat lagi ! Sabar je lah budak berdua ni . Last sekali cameraman a.k.a abang sedara aku pun snap jugak ! Pastu semua demand nak gambar kitorang bertiga banyak-banyak . Dah macam-macam gaya kitorang kene buat . Orang gelak-gelak bila tengok Afiq dengan Kai buat muka camnak gaduh sebab nak dapatkan aku ! Hahh itu semua hanya rekaan mereka ! Super Impose lah katakan ! 

Lepastu aku dengar along aku cakap kat kitorang bertiga , "korang ni memang macam tengah rebut Mia . Adik perempuan aku ni ! Biar aku je diri sebelah dia !" Hahh tergelak semua orang . Buat malu je along aku ni . Lepastu kitorang tangkap gambar punya banyak ! Walaupun tanpa rela , tapi aku happy sangat . 

Waktu ramai tetamu yang dah keluar pergi makan , kitorang still dekat dalam rumah . Buat bising macam yang betunang tu bukan aku dengan Kai . Tak senonoh betul ! Time tengah berbual tu , Izzat duduk sebelah kiri along duduk sebelah kanan . Amboi nak jaga aku sangat ye ? Lepastu along sempat pesan dekat Kai , "Aku lepaskan adik aku kat kau , kalau kau sakitkan hati dia , kau buat dia sedih , menangis , memang aku cari kau sampai dapat !" Amboi along ugut Kai . "InsyaAllah aku akan jaga Mia sebaik mana ibu dan ayah korang jaga Mia . InsyaAllah aku takkan sia-siakan dia , sakitkan hati dia ataupun buat dia menangis ." Kai balas pulak . Terharu rasanya . Nampak macam ikhlas dari kata-kata dia . Oh lupa pulak , along cakap Kai ni kawan baik dia waktu dekat sekolah . Sebab tu diorang guna kau aku , kecuali waktu dia mintak nak kawen tu . Siap panggil Along lagi ! Aku nampak ada air sikit dekat mata along , janganlah along aku ni nangis ! Lepastu dia senyum . "Kalau Izzat tau abang Kai buat Mia sedih , Izzat panggil geng cari abang !" Izzat pulak support aku . Time dia cakap tu semua dah gelak , along dengan Izzat dah nangis macam aku ni nak pergi jauh je . Diorang pun terus peluk aku depan semua orang . Siapa yang nampak dah tergelak je .

Ohh waktu kitorang cakap-cakap tu , Awin nampak macam pandang aku lain macam je . Mungkin dia nampak kot Afiq rapat-rapat dengan aku time tangkap gambar tadi . Ahh lantaklah dia !

-bersambung-

Nota: Bab 6 akan disambung pada hari Jumaat bersamaan 5/7/2013 . Terima kasih dan teruskan menanti ! /muntah hijau/

Labels: