Nanafana Beautiful World . Please be nice . Thanks . Follow | Dashboard
Nanafana

Kau vs Dia 4
29 June 2013 | 11:18 pm | 0 comments


"Assalamualaikum !" Sapa perempuan yang berumur lingkungan 50 tahun itu . Rasanya macam pernah jumpa mak cik ni , tapi kenapa tak pernah jumpa dia dengan lelaki dua orang ni ? Takkan anak dia kot ? Kalau bukan anak dia buat apa ikut ? K sekarang aku berteka-teki seorang diri . Hishh siapa nak tolong jawabkan soalan aku ni ? "Waalaikummussalam , jemputlah masuk ! Lama kita tunggu awak nak sampai" Tiba2 ibu bersuara dari dapur . "Ni hah anak teruna baru balik sini tadi . Tu yang lambat sikit sampai ." Kata makcik tu balik . Anak ?! macam mana laki boleh jadi anak dia ?! Soalan apa pulak yang ada dalam otak aku ni ? Habislah aku ...

"Alhamdulillah , sedap awak masak ! Lepasni boleh mintak resepi puding buah awak !" Mak cik tu tiba2 bersuara . "Puding buah tu , Damia yang buat tadi ." Ibu dengan bangganya cakap . "Wahh , patut sedap . Anak dara kita ni buat ye . Ehh bila Damia balik Malaysia ?" Tanya makcik tu "Haha iye Mia yang buat . Baru je sampai petang tadi . Balik pun tak bagitau . Suprise katanya !" Tak habis lagi ibu geram kat aku ! "Oh ye ke . Sempat lagi dia buatkan puding buah . Haha . Mia belajar dekat mana ?" Ehh dia tanya kat aku ke ? Kalau tak buat apa dia pandang aku kan ? Tapi takkan ibu tak cakap pun aku belajar kat mana ? Ish ish nak jawab ke tak ni . Jawab je lah ! "University of Limerick , Ireland aunty" Aku bersuara dengan suara yang gugup . Macam cakap ngan mak mertua ! "Ha'ahh jauh beno sampai tak reti nak balik rumah !" Ibu bersuara balik . Marah lagi tu ! "Haha jauh tu . Ehh , tak pernah terserempak dengan Kai ?" Siapa kai ? yang mana kai ? tak kenal pun ! Aku dah buat muka kat ibu . "Alah Kai anak lelaki aunty tadi tu , yang tua setahun dari Mia tu" Ohh Kai ke nama dia ? Pernah la terserempak , tadi dekat airport ! "Ohh , pernah , tadi time tengah tunggu nak check in kat Airport" Aku jawab tanpa rasa segan silu . Ye ah jumpa anak teruna orang kat airport . Pastu jumpa balik kat rumah aku , tak ke pelik tu ?

"Dah takda tempat lain ye korang berdua ni nak terjumpa ? -.-" Izzat bersuara bila dia dah balik dari surau dengan 'Afiq' and 'Kai' . "Sebok" Kata aku perlahan . Tiba-tiba papa Kai pulak menyampuk "Ada jodoh la tu !" Perghhh terasa darah menyerbu ke muka aku ! Tak sanggup aku nak angkat muka sekarang . Izzat dah gelak macam tarzan . Tak cover langsung dia ni -.-

Lepastu aku terpandang muka Kai yang dah merah macam aku tu . Fuhh lagi nampak blushing dia ! Dia kan putih sikit dari aku . k u_u Lepastu dia pun terpandang aku dengan muka innocent ke , jahat ke aku tak tau lah . Then aku terpandang sebelah dia pulak . Ternampak pemandangan yang menyakitkan mata hati , jiwa dan raga . Afiq ! Siapa perempuan sebelah dia tu ? Nak cakap adik , tak macam adik pun . Nak kata kakak pun tak macam kakak . Bini dia kot ? "Haha , lepas kita kawenkan si Afiq ni , kawenkan Kai ni pulak . Dengan Mia !" Tiba2 mama Kai cakap nak sokong papa dia . Adik aku pun apa lagi , gelak tak ingat dunia ! "Hah elok sangat lah tu . Mia ni pun , bila orang tanya ada boyfriend ke tak , takda je jawapannya . Last sekali kita kawenkan je dia !" Ibu dengan ayah pulak sambung menyokong . dunia dunia -.-

Aku nampak Afiq pandang lain macam je kat kitorang semua . Takkan jeles kot , bini kat sebelah tu kau nak campak mana ? Tapi mama dia cakap nak kawenkan dia , so bukan bini lah . Okok tunang ! "Hah sebok dok cakap pasal Mia dengan Kai , kad kawen Afiq mana ?" Papa diorang pulak sambung menyampuk . Kad kawen ? betullah dia nak kawen ? Ehh buat apa aku nak kesah ? Bukan aku suka dia lagi pun . Lepastu perempuan sebelah Afiq keluarkan kad tu . Aku dah ternganga kat situ . Jadi betullah ? K Mia it's your fault . Kau jugak lepaskan dia . Mungkin dia bukan jodoh kau , think positive Mia .. Aku pun mintak izin nak keluar ambik angin kejap . Nasib takda banyak soalan .

"Kenapalah aku kene balik time-time Afiq nak kawen ? Kenapa lah family aku kenal fmaily dia ? Kenapa dia bawak girlfriend dia datang ? Sampainya hati dia ...." Aku dah menangis kat meja belakang rumah . "Kalaulah dulu aku tak bodoh sangat lepaskan dia . Kalaulah dulu aku tak mintak putus , mungkin sekarang atas kad tu tertulis nama aku ngan dia !" Makin kuat aku nangis . Sebak rasanya bila orang yang kita sayang kawen dengan orang lain ....

"Mia jom kawen !" Tiba-tiba aku dengar suara seseorang . Lelaki . Garau . Aku pun pusing belakang sambil lap air mata kat pipi . "Kai ?" Aku cakap perlahan . "Camna awak boleh ada kat sini ? Nape awak datang kat saya ?" Aku dah malu gila sebab nangis . Mesti dia dengar semua yang aku cakap tadi . Aku ni pun pandai sangat cakap kuat2 ! "Sebab waktu awak keluar tadi saya nampak ada air kat mata awak , sebab tu saya ikut" Kai mula bercakap . "Pahal nak ikut ? sebok je .." Dah sedih tu , ada hati lagi nak marah orang . Yeah that's me , Mia ! "Sebab saya ..." Kai cakap tapi stop pulak ! "Apa ?" aku jawab bosan sambil lap air mata lagi . "Mia jom kawen !" Kai cakap kuat-kuat . Aku rasa orang dalam rumah pun boleh dengar kot ! "Siapa nak kawen ngan awak ?" Muka aku dah merah , nasib gelap ! "Jom lah kawen Miaaaaa" Kai buat suara manja . Lembutnya suara dia . Jangan cair jangan jangan ! "Taknak" Aku jawab selamba . Gila ke nak cakap 'jom kawen !' Itu maknanya Mia ada kecacatan otak sikit .

"Nak jugak" Tak putus asa lagi dia ni ? -.- "Taknak lahh . Cukup lah saya dapat adik awak" Benda tu terkeluar dari mulut aku secara tak sengaja ! Serious tak sengaja ! "Adik ? Jadi yang tadi awak cakap memang untuk Afiq lah kan ?" Kai bersuara keras sikit . "Erghh tak ..." Aku try nak cover . "Memang untuk dia kan ? Mia dia dah nak kawen lepas raya ni . Saya balik pun sebab nak tolong diorang prepare . Lupakan je lah Afiq" Kai cakap panjang lebar " Lepaskan sesorang yang awak cinta bukan macam nak bukak dan tutup tv . Tekan je plug  untuk bukak dan tutup . Kalau senang macam tu tak mungkin saya tak dapat lupakan apa yang telah berlaku sebelum ni . Tapi saya tak pernah menyesal" Aku pulak balas panjang lebar . "Sebab tu lah saya ajak awak kawin . Mesti nanti awak boleh lupakan dia" Kai balas balik . "Awak ingat kawen tu senang ke ? Dah la kita tak pernah kenal . Lepastu saya belajar lagi , jauh pulak tu . Macam awak sanggup nak tunggu saya lama-lama" Laju je perkataan tu keluar dari mulut aku . Amboi Mia !

"Saya sanggup" tu je yang Kai balas . "Jangan main-main k ? This is serious ." Habis dah air mata aku yang keluar tadi cakap dengan mamat ni . "No i'm not . Saya akan cakap ngan parents awak harini" Dia pun terus masuk dalam rumah ! Ehh dia main-main je kan ? Takkan lah dia nak kawen ngan aku . Aku pun terus berlari masuk rumah ikut dia .

"Hah seronok dating ?" Along aku mula cakap . Ehh terkejut aku dia ni . Dah la balik tak bagi salam ke apa ke ! "Ehh along haiiiiiiii !" Terus aku pergi pelok along  Tak cover punya adik manja dia ni ! Pastu aku pun jalan sambil pegang tangan along . Adik yang paling disayangilah katakan . Then aku ternampak Afiq usha panas kat Kai . Apahal pulak mamat ni ? Pastu dia pandang aku pulak , ehh kenapa aku pun kene ? "Hahh ayah dengar ada orang dating dekat luar tadi ~~" Tiba2 ayah aku cakap . Aishh siapa sebar fitnah ni . "bukan dating , berbual !" Dah tak tau nak cakap apa sebab Kai diam je dari tadi . Dia pun tolonglah coverkan sekali . "Takpayah nak cover-cover lah Mia" Izzat tiba-tiba cakap . "Sebok !" aku marahdia .

"Mama , Papa , Uncle , Aunty , Along , Afiq , Izzat" Semua orang dah pandang Kai bila dia cakap cam tu . Nama aku taknak sebut ke ? Semua orang dah usha pelik je . Termasuk aku ! "Kai nak mintak izin kawen dengan Mia . Boleh ?" Kai bersuara .

-bersambung-

Labels: