Nanafana Beautiful World . Please be nice . Thanks . Follow | Dashboard
Nanafana

Kau vs Dia 3
29 June 2013 | 8:07 pm | 0 comments


Alhamdulillah harini kitorang akan balik Mayasia untuk sambutan Hari Raya . Kitorang ni buat suprise sebenarnya . Family semua orang tak tau yang kitorang nak balik . Drama gila kan ? Sekali family pergi mana2 , tak pasal2 je kene tunggu luar rumah ! Tapi insyaAllah family kitorang ada kat rumah hehe .

Kitorang booking ticket jam 8 malam masa Limerick bersamaan dengan 3 pagi waktu malaysia . Jadi kitorang akan sampai KLIA dalam pukul 4.30 Petang kalau takda apa-apa halangan . Penerbangan dari Shannon Airport ke KLIA mengambil masa 13 jam 30 minit ataupun 14 jam . Tapi selalu kitorang balik memang 13 jam 30 minit lah . Harap flight tak delay , penat nanti nak tunggu ! Lagipun nak berbuka dekat rumah , mesti ibu masak sedap ! Lepastu rindu ayah ngan ibu lagi . Ya Allah tak sabarnya nak sampai rumah .

Kitorang dah boleh masuk kapal terbang . Kitorang bertiga excited gila nak balik KL . Dah lebih setahun kitorang tak balik . Diorang dua ni pernah lah jugak balik 4 5 kali . Aku ni entah la . Tengah sedap-sedap aku berangan apa yang ibu masak dekat rumah , ada pulak sorang lelaki terlanggar aku . Habis jatuh tiket ngan passport aku . Jalan tak pandang depan ke ? Selamba badak je langgar orang ! Tapi nasiblah dia tolong ambikkan balik tiket ngan passport aku . Tak jadi nak kutuk lebih-lebih. Bila dia tengok je muka aku , muka dia terus berubah . Macam terkejut gila . Aku pun terkejut jugak sebenarnya ! Dia kenal aku ke ?

Aku tengah tunggu je dia nak cakap i'm sorry ke , saya minta maaf ke , Tá brón orm ke , miandhae ke , Bocsánat ke . Tapi dia pergi tanya "Nak pergi mana ?" Ehh dia orang Malaysia lah ! "Balik Malaysia" tu je aku jawab . Eh nasib aku jawab , kalau aku biar je ? Ye lah sebab dulu ibu aku cakap jangan cakap dengan strangers . Takut orang jahat ! Tapi aku ni bersangka baik lah . Hoho

Lepastu dia pun muka berseri-seri . Ehh apahal pulak mamat ni dah sengih-sengih dekat aku ? Aku pun terus cakap "Awak taknak pulangkan passport dengan tiket saya ke ? Dah lambat ni"sebab takda tanda-tanda dia nak pulangkan . Sabar je lah . Dia macam tersedar and terus pulangkan tiket ngan passport aku and minta maaf . Ehh macam tu je ? Tadi sebok tanya aku nak gi mana . Ahh lantaklah dia ! Baik aku pergi check in sekarang sebab Qira ngan Fifi pun dah sampai tu .

Kitorang pun terus check in and masuk kapal terbang . Dalam flight boleh pulak teringat pasal lelaki tadi tu . Boleh tahan kacak jugak dia . Mesti anak orang kaya and stok stok awek keliling pinggang ni . Tapi dia duduk dekat sini ke ? Macam tak pernah nampak je . Ehh aku ni , macam Limerick tu kecik sampai nak terjumpa dia ! Lagipun tadi aku nampak dia macam check in line aku jugak . Balik Malaysia jugak lah tu , takkan turun india kot ? Ahh lantaklah , buat apa aku fikir pasal laki tu ?

Setelah 13 jam 30 minit aku kat dalam flight , finally aku sampai Kuala Lumpur International Airport ! Lebih 5 tahun aku tak jejakkan kaki kat Malaysia ni . Rindunya Ya Allah . Tak sabar aku nak balik rumah and jumpa ibu ngan ayah ! Sekarang dah pukul 4.30 petang . Ambik luggage and terus baliklah . Takut jam pulak nak sampai rumah nanti . Sebelum tunggu teksi , sempat jugak aku baibai dekat Qira dan Fifi . Siap ajak raya kat rumah lagi ! Haha

Time aku tunggu taxi ternampak pulak laki yang langgar aku kat Airport tadi . Siap ada orang tolong bukakkan pintu kereta lagi . Kan aku dah cakap dia ni anak orang kaya ! Playboy ni  playboy . Ehh daripada aku dok mengumpat dia , lebih baik aku cari teksi sekarang . Yes ada !

Jam 6.30 malam aku dah terpacak dekat depan pintu pagar rumah . Rindunya rumah ni ! Aku pun dengan perasaan gemuruhnya tekan loceng rumah , lepastu ada orang jenguk dari dalam . Adik aku rupanya ! Takkan dia tak kenal wajah kakak dia yang comel ni ? Taknak bukak pintu ke adikku sayang ? Ehh bukak lahh . Aku pun terus masuk , bau2 pokok bunga ibu dekat laman rumah lagi .  Perghh makin banyak bunga ibu . Adik dah berlari keluar dari rumah sambil terjerit-jerit panggil aku . hoho rindu lah tu .

Lepastu aku pulak berlari-lari masuk dalam rumah jumpa ibu . Terkejut ibu tiba2 aku muncul ! Terus aku kene marah sebab tak bagitau nak balik . Aku hanya mampu gelak sebab memang aku takkan menang lawan ibu ! Ibu pun terus suruh aku mandi and rehat dulu lepastu nanti boleh berbuka sama-sama . Ada orang nak datang katanya . Tak pulak dibagitau siapa orang tu . Ah lantaklahh , yang pasti aku dah balik !

Dah pukul 6.50 . Baik aku turun bawah tolong ibu , boleh jugak peluk2 kat dapur tu hah . Aku pun turun sambil jerit "Ibu !" Hah terkejut ibu , nasib tak melatah . Lepastu ibu cubit pipi aku . "Janganlah jerit macamtu , terkejut ibu !" Hehehe marah manja tu . "Alalala maaf lah ibu , Mia main2 je . Saja nak gaduh ngan ibu ! ekekeke " Mengekek aku ketawa . Sabar je la ibu dapat anak macam ni ! Aku still tak jumpa ayah dari balik tadi . Mana ayah eh ? "Ibu mana ayah ? Tak nampak pun ?" "Ayah mandi tu , Mia bukan tak tau ayah mandi tak berapa nak kejap" Ibu balas pulak sambil tersenyum "Haha , lupa pulak !" "Tu lah lama sangat tak balik , sampai lupa . Lepasni balik lah selalu " Ibu cakap lagi . Haihh bukan taknak balik ibu , hati ni sangat sakit . "Bukan taknak balik bu , busy lah ...." aku cakap "Alahh busy pun kene jugak rehat . Lepasni balik sellau ye ?" Ibu dah nak tacing nih , aduii . "Ye lah ibu , lepasni Mia balik rumah selalu ye ? Ibu jangan sedih-sedih"

Tengah-tengah anak dan ibu bergossip di dapur sambil disampuk oleh budak kecik yang tak berapa nak kecik yang bernama Izzat , ayah pulak masuk dapur . Terkejut ayah tengok aku balik ! Terus ayah cakap "Lahh kenapa tak bagitau nak balik ? Boleh ayah suruh pakcik Amat ambikkan Mia" "Hehe , saja nak buat suprise lah ayah" Pandai pulak aku cakap , ehh tu fakta tau bukan auta ! " Ye lah Mia ! Ehh dah dah , jom siap . Dah nak berbuka ni ." "Okay ayah !" Aku dan Izzat cakap serentak !

Sambil siapkan meja makan , aku pun tanya Izzat mana Along . "Along tu selalu balik time-time nak berbuka lah akak . Bukan reti nak balik awal" Lahh patut pun . "Ohh ye ke . Hah , tadi ibu ada kata ada orang nak datang . Siapa ?" Aku tanya lagi . "Tak tau lah , kawan ibu dengan ayah kot . Tak de pulak Ejat dengar apa-apa ." Balas Aizat . Lepastu terdengar bunyi kereta dekat laman rumah . Kawan ibu dah sampai kot . Aku pun suruh Aizat bukakkan pintu .

Bila diorang masuk je aku pun terus ternganga . "Afiq .... ? Laki tu ..... ?"

-bersambung-

Labels: