Nanafana Beautiful World . Please be nice . Thanks . Follow | Dashboard
Nanafana

Kau vs Dia 2
29 June 2013 | 4:01 pm | 0 comments


"Rasanya macam tahun ni Mia raya kat Malaysia lah . Lama sangat dah tak raya kat Malaysia . Rindu pulak" Memang lama sangat tak balik raya kat Malaysia . Ibu pun sampai dah bising ! Rindu nak tengok aku pakai baju raya katanya . Padahal setiap kali raya aku kasi gambar , siap video call lagi pagi2 raya ! Sweet betul ! "Wah bestnya ! Nak balik raya jugak !" Kata Fifi . "Eleh , dia memang setiap tahun balik raya . Kita ni je raya dekat sini selalu !" Excited semacam dia ni , macam tak pernah balik raya ! "Fifi memang excited selalu . Tambah bila part nak balik Malaysia . Ada Az lah katakan ! HAHAHA" Qira pulak yang kenekan Fifi ! Terus blushing pipi si Fifi ni .

Tengah-tengah kitorang bergossip pasal Fifi dengan Az , tiba-tiba loceng rumah kitorang ditekan . Ceh ayat skema betul ! Aku pun dengan perasaan malas pun terus pergi bukak pintu sebab nak tengok siapa datang memandangkan diorang dua biarkan je . Makcik sebelah rumah kot . Rajin jugak makcik tu datang melawat kitorang kadang-kadang . Suami dia selalu outstation , tak pun kerja sampai malam . Leamh(bosan) katanya . Aku pun terus bukak pintu . Lepastu muncullah seorang lelaki Irish yanng tengah pegang kotak . 'Buat apa dia pegang kotak tu ? Takkan saja-saja kot ? Boleh tahan kacaknya laki ni !' aku dah bermonolog dalam hati . Sempat lagi tu ! Dia dah tengok aku lain macam je . Tapi cepat-cepat aku cover ! Aku kan ratu segala drama :p

"Conas is féidir liom cabhrú leat a dhuine uasail?"(How may I help you sir ?) Aku mula bersuara .
"D'iarr duine éigin d'iarr mé ar an dáileacht a sheoladh chuig tú"(There is someone asked me to send this parcel to you) Lelaki itu membalas . Aik siapa yang baik sangat ni nak kasi aku hadiah ??
"Cé go bhfuil sé?"(Who is it ?) Musykil jugak aku -.-
"Iarr sé orm a choimeád faoi rún é a"(He asked me to keep it confidential) Hek eleh ! Rahsia-rahsia pulak ! He ? That's means dia lelaki .
"Ceart go leor. Go raibh maith agat!"(Okay , terima kasih !) Malas dah aku nak bertanya . Harap-harap ada lah apa-apa nota dalam bungkusan ni . Lelaki tu pun terus pergi lepas aku ucapkan terima kasih . Main rahsia-rahsia pulak !

Aku pun tutup pintu and terus pergi kat ruang tamu . Sambung gossip lagi best . Bila diorang nampak je aku pegang bungkusan ni , terus mata bukak besar-besar . "boyfriend kasi ke ??" Fifi yang tengah merah muka bertanya . Ehh dia ni , orang kenekan dia , dia kenekan kita balik ! "Ha'ahh boyfriend kasi ni !" Aku pun kuat betul menyakat ! "Wahhh nak tengok nak tengok !" Fifi dah sengih-sengih tengok aku . Sabar je lah budak ni ! 

Aku pun apa lagi , bukak lah bungkusan tu dengan berhemahnya . Sekali tengok , wahh ! Pelukis favourite aku punya signature ! J.I ! Takkan dia hantar kot ?! Bulat dah mata Qira bila tengok lukisan tu . Almaklumlah , J.I punya lukisan kot ! "Wahh ! Ni lukisan J.I kan ?! Tapi ni belum dipamerkan lagi tau !" Kata Qira . Setahu aku pun aku tak pernah tengok lagi lukisan ni . Gambar River Shannon , lepastu ada perempuan tengah berdiri tepi tu sambil berpeluk tubuh . Betul memang tak pernah tengok ! "Kan ? Takkan J.I baik hati sangat nak kasi lukisan ni kat Mia . Bukan dia kenal Mia pun." Musykil pulak aku . "J.I ? Siapa dia ?" Fifi mula bersuara pelik . Fifi bukan peminat lukisan , jadi dia memang tak ambik tau . Kalau ada pameran lukisan , bawak dia pergi pun rugi je . Tak reti menilai seni . Ops terkutuk ! Maafkan Mia . Hehe . 

Lepastu Qira terus cakap "J.I ni minat Mia kot ? ekekeke" Amboi Qira ! "Manalah tau kan . Kalau memang betul dia peminat Mia , fuhh bangga !" Aku pun apa lagi , ikut rentak bicara lah ! Fifi diabaikan . Hehe . "Amboi suka lah tu ? Jeles ni jeles !" Qira buat muka tak puas hati . "Ehh tak baik jeles ngan kawan sendiri tau !" Malam tu , tak habis2 kitorang bercakap . Fifi sampai merajuk banyak kali sebab dia selalu dipinggirkan . Malam tu penatlah aku fikir . Siapa yang hantar ye ?

-bersambung-

Labels: