Nanafana Beautiful World . Please be nice . Thanks . Follow | Dashboard
Nanafana

Kau vs Dia 1
25 June 2013 | 7:18 pm | 0 comments


"Erm pagi-pagi macam ni pergi joging pun bagus jugak . Dapat kurangkan lemak-lemak yang aku dah ternak selama ni . Ajak Qira ngan Fifi lah !" Aku pun terus pergi ke bilik Qira dan Fifi untuk mengejutkan mereka berdua . Mesti diorang dua ni tengah membuta lagi ! Bila dah sampai kat bilik Qira and Fifi , aku pun apa lagi .... "QIRA FIFI BANGUN !" Terus budak berdua tu terduduk ! Keh keh keh . Suka betul aku jerit dekat diorang pagi-pagi macam ni ! Ni lah hobi aku pagi-pagi sebab budak dua orang ni sleepy head ! Kalau tak kejut tak bangun sampai ke maghrib . Ehh boleh pulak diorang dua ni baring balik ?

Qira gerak-gerak dalam selimutnya yang tebal . "Nape ni Mia ? Qira mengantuk lahh...." "Qira bangunlahh , teman Mia pergi jogging !" Aku balas sambil tarik selimut yang menutup seluruh badan Qira "Malas lahh ... Qira nak tidur ni" "Qiraaaaaa baik awak bangun sebelum Mia tarik telinga awak !" " Ehh okok . Qira bangun . Jangan sentuh telinga !" Terus Qira bangun . Takut sangat kut . Mana taknya , haritu aku tarik telinga dia sampai merah dari pagi sampai malam . Serik dah tu ! '

"Bagus ! I LOVE YOU !" Qira dah pandang pelik kat aku , ingat aku mereng lah tu kejut dia pagi camni semata-mata ajak jogging . siap cakap sayang dia lagi . Jangan dia ingat aku ni suka perempuan sudah . Mintak simpang ! Sekarang kene kejut Fifi pulak ! Si kecik ni lagi susah nak bangun . Kalau orang kejut sepuluh kali , kali kesebelas baru nak bukak mata . Tu pun tutup balik . Bertuah punya budak ! "Fifi bangun . Jom jogging !" "Ermm" " Bangun lah sayang intan payung gunung meletup" "Ermm" "Az tunggu kat luar tu !" "Hah mana mana ?! MANA ?!" Ehh dah bangun ?! Terkejut aku . "Dalam mimpi Mia . Fifi jom !" Aku pun terus tarik fifi turun dari katil . Kalau biarkan maunya dia berdengkur balik .

Hmm sedar tak sedar dah hampir 5 tahun aku duduk di negara orang . Negara yang menjadi tempat yang aku tuju waktu hati aku hancur . Tempat dimana aku kenal dua orang kawan baik aku , Qira dan Fifi . Semuanya terjadi apabila aku buat keputusan untuk tinggalkan teman lelaki aku .

"Awak , kenapa awak ni comel sangat ? :3" Tegur Afiq "Sebab dah semula jadi saya comel . Awak jeles kan ?" Balasku pula . "Ehh bukan lahh . Sebab awak girlfriend Fiq ! Sebabtu awak comel !" "Cehh perasan betullah dia ni" "Boyfriend dia jugak ..." Kata Fiq dengan nada yang agak sedih . Merajuk lah tu . " Alahh Fiq ni , orang gurau je pun ." Aku cuba untuk memujuk Fiq . Seketika kemudian , Fiq bersuara . "Fiq tau Mia tak gurau . Fiq tau Mia dah tak anggap Fiq macam boyfriend Mia lagi . Cara Mia layan Fiq sekarang dah lain ." "Apa yang lainnya ? Sama je Mia rasa . " Memang aku mengaku aku dah jarang call dia , jarang nak text , jarang nak jumpa . Aku layan dia pun acuh tak acuh .

"Lain sangat Mia . Cuba jujur . Awak suka orang lain ?" Ahh sudah dia tanya soalan maut ! "Ha'ah . Saya suka orang lain . Sebab tu saya layan awak macam ni . Sebenarnya dah lama saya nak bagitau . Tapi saya taknak awak sedih . But now awak pun kata awak ada crush . Jadi saya pun suka orang lain lepas tau awak ada crush . So saya rasa sampai sini je hubungan kita ." Berdebar-debar waktu aku katakan benda ni dekat Fiq . Muka aku nampak tenang tapi hati aku hancur . Aku nampak ada air bertakung dimata Fiq . Lagi lama kat sini boleh nangis aku . Lebih baik aku pergi dari sini sekarang . Aku pun terus bangun dari kerusi kayu yang kitorang dua duduk . Tiba tiba "Nur Damia Imani . Sampai hati awak ..." "Hmm" tu je yang aku balas . "Walau siapapun orang tu , saya harap awak bahagia dengan dia ." Erm aku kene kuatkan semangat ! "Kita kawan ?" Kata aku . "Tak , kalau kita kawan lagi susah saya nak lupakan awak . Lebih baik kita terus tak berhubung ." Tu pilihan kau Afiq .. "Ikut awaklah . Assalamualaikum" Aku beredar dari situ dengan hati yang hancur . Tanpa sedar air mata yang aku tahan dari tadi jatuh jugak .. 'semua ni untuk kebaikan kita dua jugak Fiq'

"Mia !" panggil Qira dan Fifi sambil cuit bahu aku . Terhenti lamunan aku . "Ehh sorry tak perasan korang dah sampai . Ais krim aku mana ?" Cehh takda guna pun kitorang bertiga jogging bagai nak rak tadi . Habis jogging makan ais krim . Hampeh betul . "Ni kau punya . Chocolate and blackforest" Perghh kecur air liur dengar namanya . "Thank you !" "Welcome !" Kata Qira dan Fifi serentak . Macam kembar aku tengok budak dua orang ni . Dalam senyap sunyi kitorang makan ais krim , tiba2 Fifi mengekurkan suara . Ayat skema ! "Korang , Fifi nak pergi basuh tangan kejap . Melekit ni ." Aku ngan Qira dua2 angguk macam burung belatuk .

Tengah aku sedap menikmati pemandangan sungai(river Shannon) , tiba2 Qira cuit bahu aku . "Siapa Afiq ?" Aikk mana dia tau pasal Afiq ni o.O "Siapa ?" Aku masih buat tak tau . "Afiq , siapa dia ?" Ishh tak habis lagi .. "ye lah Afiq mana ?" Aku masih buat muka blur . Kononnya lah , macam jadi je muka blur aku . "Daniel Afiq . Qira dengar Mia sebut pasal dia pagi tadi waktu Qira lalu bilik Mia" Aik , waktu mamai pun boleh dengar ke ? Lagipun aku rasa dah cukup perlahan aku cakap . Ishh mulut ni ! Aku pun terus ketuk mulut aku . Qira dah pandang pelik . "Siapa ?" "Kawan lah sayang ~" Jawabku . "Ní dóigh liom go bhfuil sé do chara. Buachaill b'fhéidir?" Hahh keluar dah Irish budak ni . Katanya 'I don't think that he is you friend . Boyfriend maybe ?' Ok itulah katanya . Terus aku terdiam bila dengar Qira cakap macam tu . Qira pun dah tak tanya lebih banyak . Lagipun Fifi dah sampai . Kami pun pulang ke rumah untuk menyiapkan kerja2 yang tergendala kat rumah tu .

-bersambung-

Labels: